Saturday, July 23, 2005

Ke Arah Revolusi Islam

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh...
Bismillahi walhamdulillah, wassolatu wassalamu 'ala rasulillah....Semoga kita semua berada di bawah lembayung rahmat dan kasih sayang Allah sentiasa, digolongkan di kalangan orang2 mukmin yang diredhai-Nya dan dijauhkan daripada azab kubur dan fitnah2nya serta azab neraka...

Setinggi kesyukur dipanjatkan, dirafakkan kepada Allah di atas kurniaan nikmatNya yang tiada terhingga kepada kita semua, sama ada nikmat kesenangan mahupun nikmat kesusahan yang tiada lain hanyalah untuk menguji sama ada kita beriman atau tidak kepadaNya semata-mata...

Aku membaca buku tulisan Dr. Kallim Siddiqui yang membicarakan tentang Revolusi Islam sebagai salah satu penyelesaian ke arah pembentukan Khilafah Islamiyyah.

Dinyatakan di dalam buku tersebut "Ke arah revolusi Islam" bahawa Gerakan Islam sekarang banyak berbentuk nasionalis daripada berbentuk global, yang walaupun melaungkan slogan persaudaraan Islam tanpa sempadan namun pada realitinya masih berada di dalam batasan sempadan negara-bangsa pasca kolonial. Akhirnya, gerakan Islam lebih-lebih lagi yang menyertai demokrasi tidak dapat tidak akan terheret sama di dalam konflik perkauman dan kebangsaan yang akan menjejaskan kesyumulan Islam.

Dr.Kallim banyak memetik kejayaan revolusi Islam di Iran sebagai salah satu contoh pencapaian semasa Revolusi Islam yang mana berasaskan kepada revolusi intelektual, di mana setiap muslim/ah di dunia perlu menyedari betapa penting untuk mereka membebaskan diri daripada kongkongan sistem dan cara hidup Barat (kuffar) di dalam kehidupan seharian mereka. Daripada revolusi intelektual inilah barulah kebangkitan ummah dapat digembelengkan bagi menyatukan kembali ummah yang bertebaran di muka bumi dan membina kembali Khilafah yang semakin menghilang daripada kamus hidup umat Islam kini.

Dr. Kallim juga mendefinisikan tindakan-tindakan yang dilakukan oleh gerakan-gerakan Islam seumpama Ikhwan-Jama'at di sesetengah tempat sebagai revolusi separa yang walaupun tidak sepenuhnya bagi melahirkan Revolusi Islam, namun tetap dikira sebagai rantaian-rantaian ke arah Revolusi Islam sepenuhnya.

Aku cukup tertarik dengan idea-idea yang dikemukakan oleh beliau walaupun belum tamat membacanya lagi, baru masuk bab 7. Beliau menekankan perlunya untuk setiap muslim lebih-lebih ahli gerakan merevolusikan dahulu pemikiran masing-masing dengan mengkaji aliran pemikiran para pemikir-pemikir Islam pasca kejatuhan khilafah seumpama Hassan Al-Banna, Syed Qutb, Imam Khomeini dan lain-lain sebelum memikirkan cara-cara untuk pembinaan khilafah. Ini bagi mengelakkan kita terpedaya dengan jarum-jarum pihak Kuffar/Yahudi yang sentiasa berusaha untuk melemahkan sebarang usaha untuk menegakkan kembali khilafah.

Dr. Kalim di dalam penulisannya juga mengkritik sikap duopoli Ikhwan-Jamaat yang baginya telah telah terpengaruh dengan nasionalisme dan sikap ulama'-ulama' aliran Sunnah yang memberi taat setia secara membuta tuli kepada pemimpin-pemimpin yang 'tidak sah', sejak zaman Umaiyah hingga kini.

Dr. Kalim juga banyak memetik kejayaan aliran Syiah di dalam merealisasikan penubuhan Daulah dan Khilafah, yang baginya mendahului puak Sunnah. Pihak Syiah menurutnya telah melakukan suatu revolusi intelektual yang telah membuka kembali pintu ijtihad yang akhirnya telah membawa kepada revolusi Islam pada 1979. Sebagai mana yang diketahui umum bahawa Syiah berpegang teguh dengan teori Imam Kedua Belasnya (Imam Mahdi) yang menyatakan tiada Negara Islam sehingga kedatangan imam Mahdi. Namun, dengan berhasinya revolusi intelektual pada 200 tahun yang lalu, pintu ijtihad telah dibuka kembali dan ijtihad yang menyatakan wajib mengadakan Negara Islam sebelum kedatangan Imam Kedua Belas, yang akhirnya membawa kepada Revolusi Islam 1979.

Di pihak Sunnah, pemimpin-pemimpin agama (ulama') Sunnah lebih banyak mengambil sikap toleransi dengan kepimpinan semasa walaupun diketahu bahawa kepimpinan itu tidak menepati syarat-syarat yang ditetapkan syara' di atas alasan penentangan terhadap pemerintah adalah suatu fitnah yang lebih besar daripada penyelewengan yang dilakukan oleh pemerintah tersebut.

Apa yang cuba ditonjolkan oleh Dr Kalim bukanlah revolusi bersenjata tetapi adalah revolusi intelektual yang menekankan kesedaran dan keprihatinan terhadap Sirah (Sejarah) dan Siasah Islamiyyah. Selama 1400 tahun kita berada di bawah kepimpinan yang tidak menepati ciri-ciri Khalifatur Rasulullah (bermula dengan Bani Umaiyah), apakah kita masih tidak mampu untuk mengambil iktibar daripada segala peristiwa yang berlaku sepanjang tempoh tersebut.

Dr Kalim menganalogikan kebuntuan selama 1400 tahun ini dengan tempoh sejak Allah Subhanahu wata'ala menciptakan Nabi Adam hinggalah Allah 'azza wa jalla mengutuskan Nabu Muhammad untuk menyumpurnakan risalah-Nya. Kita tidak pernah mengetahui berapa lama tempoh antara Nabi Adam hingga Nabi Muhammad namun apa yang kita ketahui terdapat beribu-ribu Nabi di antara waktu itu. Pernahkah kita berfikir apakah pengajaran di sebalik tempoh yang lama di antara pengutusan Nabi Adam dan Nabi Muhammad? Mesti ada pengajaran disebalik tempoh tersebut.

Sama juga dengan keadaan sekarang, tempoh 1400 tahun mungkin sedikit jika hendak dibandingkan dengan tempoh antara Nabi Adam-Nabi Muhammad, namun semestinya terdapat pengajaran-pengajaran yang perlu difahami dan dihayati oleh umat Islam bagi menyempurnakan hakikat penciptaan manusia di muka bumi ini iaitu selaku Khalifah-Nya. Ini kerana kita umat Islam semuanya termasuk para ulama' telah bersepakat dan menyakini bahawa Islam akan pasti tertegak di muka bumi ini di akhir zaman ini, namun bila ianya akan berlaku hanya Allah sahaja yang tahu. Mungkin masih terdapat sesuatu yang tidak kena di dalam diri umat Islam pada hari ini yang mengalang nusrah Ilahi.

wallahua'alam...

06 April 2005

1 Comments:

At Mon Jan 21, 02:38:00 PM, Anonymous Anonymous said...

Ketika genderang revolusi ditabuh maka yang kita harus mobilisasi adalah bagaimana proses itu tidak menjadi prematur. Umat Islam di Indonesia harus sudah siap dan memang sebenarnya sudah lama siap. Langkah ini tersendat karena banyak hambatan, diantaranya diminimalisirkannya peran ulama dalam kancah politik. Dan berubahnya perjuangan politik menjadi perjuangan organisasi. Sebagai jalan keluarnya umat harus bangkit bersatu dalam tekad yang satu mengembalikan kemuliaan Islam mengembalikan tegaknya khilafah di muka bumi Indonesia. Hal itu telah lama dilakukan oleh Nahdhatul Ulama, dan supaya tidak ketinggalan, HT harus turut berjuang bersama para ulama untuk mendukung pembaiatan Gus Dur menjadi khalifah pertama.

 

Post a Comment

<< Home