Saturday, July 23, 2005

Laporan...

Seminar Pentadbiran Tanah Menurut Perspektif Islam.

Bismillahi walhamdulilah, wassolatu wassalamu 'ala Rasulillah.

Segala Puji dan Puja hanya selayaknya bagi Allah, penguasa Mutlak di Hari Pengadilan, yang tiada apa pun yang setara dengan-Nya. Dialah Allah, pemilik sekalian alam sejagat ini. Selawat dan Salam buat junjungan mulia, pengakhir segala nabi, penutup segala rasul, Sayyidina wa Habibina Muhammad Sollallahu 'alaihi wassalam. Semoga kita semua berada di bawah lembayung kasih sayang dan penjagaan Allah sentiasa.

Pada 13 April 2005 yang lalu, penulis telah sempat menghadiri sebuah seminar yang tidak kurang pentingnya di dalam kehidupan kita selaku Rijaluddakwah (Pemuda Dakwah). Seminar anjuran Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (KIAS) dengan kerjasama Jabatan Hal Ehwal Islam Kelantan (JHEIK) ini bertajuk Seminar Pentadbiran Tanah Menurut Perspektif Islam. Seminar yang bertemakan "Ke Arah Pembentukan Negara Makmur Melalui Pembangunan Tanah" ini telah dirasmikan oleh Yang Amat Berhormat Tuan Guru Dato' Haji Nik Abdul Aziz bin Nik Mat selaku Menteri Besar Kelantan. 5 kertas kerja telah dibentangkan sepanjang seminar ini oleh para cendekiawan dan ilmuan semasa yang dirasakan oleh penulis amat bermanafaat untuk kita semua di dalam memahami isu-isu semasa yang berkaitan dengan tanah terutama sekali perkaitannya dengan Islam.

Kertas kerja yang pertama iaitu "Konsep Pemilikkan Tanah Menurut Perspektif Islam" telah dibentangkan oleh Al-Fadhil Ustaz Abdul Kadir Muhammad, Ketua Jabatan Syariah KIAS yang juga merupakan bekas Profesor Madya di Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya suatu ketika dahulu. Antara isi kandungan kertas kerja yang pertama ini ialah berkenaan dengan kaedah pemilikkan tanah di dalam Islam yang mengandungi dua bahagian iaitu pemilikan kekal dan pemilikan sementara (untuk diambil manafaat sahaja). Di dalam kategori pemilikan kekal, dua jenis tanah dibenarkan untuk dimilik secara kekal iaitu tanah mawat (mati) yang diihya'kan (dibangunkan,diterokai) dan tanah itqa' (kurniaan) yang diberikan oleh pemerinta kepada rakyat untuk dibangunkan.

Dalam suatu hadith yang amat terkenal dan sentiasa diulang-ulang sepanjang seminar ini, iaitu yang bermaksud "Sesiapa yang membangunkan tanah mawat, maka ia menjadi miliknya" (riwayat al-Bukhari:Bab al-Muzaraah) menyatakan bahawa sesiapa yang meneroka sesuatu tanah yang belum diterokai seperti hutan, pedalaman dan sebagainya mempunyai hak ke atasnya. Namun imam Abu Hanifah berpendapat bahawa peneroka perlulah mendapat keizinan pemerintah terlebih dahulu sebelum membuat penerokaan dan pemerintah berkuasa untuk merampasnya dari milik si peneroka tersebut.(Abu Yusuf, Kitab Al-Kharraj).

Di dalam kes pemilikan sementara untuk mengambil hasil, tanah-tanah di dalam kes ini merangkumi tanah untuk penternakan haiwan bagi tujuan jihad, sedekah dan jiziah, tanah untuk kegunaan umum seperti jalanraya, sekolah dan pusat jual beli, tanah rizab seperti di pinggiran atau persempadanan, dan tanah yang mengandungi bahan galian yang perlu dimanafaatkan untuk maslahah rakyat jelata. Di dalam Islam, tanah yang dibiarkan terbiar tanpa dibangunkan selama 3 tahun boleh dibatalkan pemilikannya dan diberikan kepada orang yang lebih berhak oleh pemerintah (Al-Daibani, Abdul Majid Abdul Hamid, Muhadarad fi Fiqh al-Muamalat,Banghazi).

Kertas kerja kedua telah dibentangkan oleh Dato' Prof Dr Nik Mohd Zain Nik Yusoff yang merupakan Bekas Ketua Setiausaha Kementerian Tanah dan Pembangunan Koperasi. Beliau yang membentangkan kertas kerja yang bertajuk "Pembangunan Hartanah Mengikut Perspektif Islam dan Pelaksanaannya Di Malaysia" merupakan invidu yang telah lama berkecimpung di dalam bidang pengurusan tanah di Malaysia. Penulis tidak berasa hairan apabila sesi beliau mendapat sambutan yang hangat daripada peserta seminar dan ditambah lagi dengan karisma serta kepetahan beliau berbicara.

Antara perkara yang disentuh di dalam kertas kerja beliau, adalah berkenaan dengan konsep pembagunan hartanah mengikut Islam yang menekankan pembangunan rohani disamping pembangunan fizikal. Ini kerana pembangunan material semata-mata tanpa membangunkan rohani rakyat menyebabkan pelbagai penyakit dan gejala-gejala tidak sihat akan melanda negara. Pembangunan hartanah juga perlu mengikut syari'at Islam dengan tidak menggalakkan/membendung pembangunan hartanah seperti penanaman pokok popi, ganja dan tembakau, pembinaan/pemberian lesen kepada kelab-kelab malam dan pusat-pusat perjudian, pembinaan kilang-kilang arak dan lain-lain lagi yang sememangnya bertentangan dengan syari'at. Penglibatan orang Islam di dalam pembangunan hartanah yang mengandungi unsur-unsur yang haram dan bertentangan dengan syara' juga perlu dielakkan sama sekali.

Kertas kerja ketiga iaitu "Pecukaian Tanah Menurut Islam" telah dibentangkan oleh Al-Fadhil Al-Ustaz Zamzuri bin Zakaria, iaitu Pensyarah Jabatan syariah, Fakulti Pengajian Islam, UKM. Kertas kerja ini menyentuh konsep cukai dan percukaian tanah di dalam Islam serta pengamalan Cukai Tanah di Malaysia serta perbandingan antara kedua-duanya. Walaupun subjek yang dibentangkan di dalam kertas kerja ini adalah sesuatu yang menarik namun disebabkan kegagalan pembentang (bagi penulis) membentangkannya dengan baik telah menyebabkan suasana pada waktu itu agak hambar.

Di dalam Islam, tanah terbahagi kepada dua kategori itu 'ushriyyah' dan 'kharajiyyah' di mana tanah ushriyyah dikenakan cukai ushr dan tanah kharajiyyah dikenakan cukai kharaj. Tanah ushriyyah adalah tanah yang sememangnya dimiliki secara mutlak oleh orang Islam sama ada terdiri daripada tanah mawat yang diihya'kan, tanah yang pemiliknya memeluk Islam dan tanah ghanimah. Tanah kharajiyyah pula adalah tanah mawat yang diihya'kan oleh kafir zimmi, tanah milik kerajaan dan tanah orang kafir yang membuat perjanjian damai dengan kerajaan Islam. Tanah ushriyyah masih boleh berubah statusnya kepada tanah kharajiyyah sekiranya pemerintah menetapkannya. Tanah ushriyyah dikenakan ushr iaitu zakat tanaman (10% atau 5% bergantung kepada kaedah pengusahaannya) dan tanah kharajiyyah dikenakan kharaj iatu mengikut pesetujuan antara pemiliknya dengan pemerintah.

Di dalam kertas kerja yang keempat Prof. Madya Mohd Ridzuan bin Awang daripada Jabatan Syariah Fakulti Pengajian Islam UKM telah membentangkan berkenaan dengan "Pencerobohan Tanah Kerajaan dan Pengambilan Tanah Rakyat;Perbandingan antara undang-undang Islam dan Kanun Tanah Negara (KTN) 1965". Di dalam KTN, tanah telah diberi takrif yang luas iaitu merangkumi tanah di atas muka bumi, tanah (dan benda2 yang terkandung dalam nya) dibawah permukaan bumi, ruang udara di atas muka bumi, benda yang melekat pada muka bumi dan tanah yang diliputi air. Pencerobohan tanah kerajaan sama ada di dalam KTN mahupun Islam tetap dikira suatu perbuatan yang salah selagi mana tiada kebenaran yang sah daripada pemerintah ataupun tiada alasan yang sah dari segi hukum syarak.

Pengambilan tanah rakyat oleh pemerintah adalah dibenarkan di dalam Islam selagi mana ianya adalah untuk kemaslahatan umum dengan syarat pampasan yang adil diberikan kepada pemilik tanah tersebut. Al-Maslahah telah ditakrifkan oleh Al-Imam Al-Ghazali sebagai menarik manafaat dan menolak kemudharatan (bahaya). Kemaslahatan boleh ditakrifkan sebagai menjaga matlamat atau tujuan syarak terhadap manusia yang merangkumi 5 perkara iaitu agama, nyawa, akal, keturunan dan harta. Setiap perkara yang mengandungi kawalan atau jagaan ke atas 5 perkara ini adalah maslahah dan setiap perkara yang meluputkan 5 perkara ini ialah masfadah (kerosakan) dan menolak kerosakkan ini juga disebut maslahah.

Kertas kerja kelima dan terakhir yang dibentangkan oleh Yang Berhormat Tuan Haji Husam Musa, Exco Kerajaan Negeri Kelantan bertajuk "Dasar Pentadbiran Tanah di Negeri kelantan; Kajian Perbandingan Dengan Hukum Islam". YB Husam telah menyentuh pengamalan pentadbiran tanah di Malaysia dan Kelantan yang menggunakan Sistem Torren dan KTN 1965 sebagai asas dan membandingkannya dengan sistem pentadbiran Islam diamalkan di zaman khilafah-khilafah terdahulu. Dua persoalan pokok yang dihuraikan dan dibuat perbandingan ialah berkenaan dengan Pelupusan Tanah dan Hakmilik serta kepentingannya.

Dasar pentadbiran tanah Islam adalah berkonsepkan semata-mata untuk memakmurkan bumi di mana kepentingan ummah dan pendekatan diri kepada Allah adalah matlamat terakhirnya. Islam menolak sama sekali kekayaan negara seperti tanah dibolot oleh individu/golongan tertentu semata-mata sehingga tidak mampu untuk mengusahakannya secara produktif.

Kesimpulan keseluruhan yang boleh dibuat oleh penulis berkenaan dengan seminar ini ialah umat manusia terutama yang beragama Islam perlu memahami kembali tugas mereka selaku khalifah di muka bumi ini. Khalifah yang ditakrifkan sebagai "mendirikan agama (Islam) dan mentadbir dunia dengannya (Islam)" merupakan wakil Allah di muka bumi ini, maka seharusnya manusia ini menjadikan arahan-arahan dan larangan-larangan Allah sebagai panduan dan batasan di dalam menguruskan hal ehwal kedunian ini. Telah menjadi adat hidup di bumi orang untuk mengikut panduan yang diberikan dan tidak boleh bertindak semberono dengan berpaksikan hati berpandukan nafsu. Semoga Allah memberi limpah rahmat dan hidayah Nya kepada kita untuk terus meng'abdikan diri kepada Nya semata-mata.

Wallahua'alam.

-adeeb-

4 Comments:

At Fri Aug 05, 03:26:00 PM, Blogger nabila_humairah said...

assalamualaikum...ecececeh...yang slalu pergi hari jumaat tu tak nak citer???

 
At Thu Feb 01, 06:34:00 PM, Anonymous Anonymous said...

Hello!

Nice site, keep up the good work .

http://buy-phentermine.hem.nu BUY PHENTERMINE
BUY PHENTERMINE
http://blog.sol.no/buy-phentermine
BUY PHENTERMINE
http://s-url.net/0mzj/ PARISEXPOSED
http://s-url.net/0n21/ PARISEXPOSED COM
http://s-url.net/0n22/ FREE PARIS HILTON EXPOSED
http://s-url.net/0n23/ FREE ACCESS TO PARISEXPOSED
http://s-url.net/0n24/ FREE LOGINS TO PARISEXPOSED
http://s-url.net/0n25/ PARIS EXPOSED
http://s-url.net/0n26/ PARIS EXPOSED COM
http://s-url.net/0n27/ FREE CLIPS OF PARISEXPOSED MOVIES
http://s-url.net/0n28/ FREE CLIPS OF PARISEXPOSED PRIVATE VIDEO COLLECTION
http://s-url.net/0n29/ FREE CLIPS OF PARISEXPOSED LESBIAN VIDEOS
http://s-url.net/0n2b FREE CLIPS OF PARISEXPOSED DRUNK VIDEOS AND MOVIES
http://s-url.net/0n2c/ PARIS LEBIAN MOVIE
http://s-url.net/0n2d/ DOWNLOAD PARIS PRIVATE MOVIE COLLECTION
http://s-url.net/0n2e/ DOWNLOAD PARIS HILTON LESBIAN VIDEO
http://s-url.net/0n2f/ DOWNLOAD PARIS HILTON PRIVATE MOVIE COLLECTION
http://s-url.net/0n2g/ DOWNLOAD PARIS HILTON NEVER SEEN BEFORE SEX MOVIES

 
At Fri Mar 02, 05:41:00 AM, Anonymous Anonymous said...

NSU - 4efer, 5210 - rulez

 
At Mon Mar 05, 09:36:00 AM, Anonymous Anonymous said...

Hello!

Nice site, keep up the good work .

http://buy-phentermine.hem.nu BUY PHENTERMINE
BUY PHENTERMINE
http://blogg.sol.no/buy-phentermine
BUY PHENTERMINE

http://lesbian-school.moviesparisexposed.info/ LESBIAN SCHOOL
http://hot-school-teacher-naked.moviesparisexposed.info/ HOT SCHOOL TEACHER NAKED
http://sex-personals.moviesparisexposed.info/ SEX PERSONALS
http://virgin-blowjob.moviesparisexposed.info/ VIRGIN BLOWJOB
http://rabbit-vibrator.moviesparisexposed.info/ RABBIT VIBRATOR
http://college-group-orgy.moviesparisexposed.info/ COLLEGE GROUP ORGY
http://horny-school-teachers.moviesparisexposed.info/ HORNY SCHOOL TEACHERS
http://video-strip-poker.moviesparisexposed.info/ VIDEO STRIP POKER
http://adult-incontinence-product.moviesparisexposed.info/ ADULT INCONTINENCE PRODUCT
http://gothic-blowjob.moviesparisexposed.info/ GOTHIC BLOWJOB
http://blowjob-cartoon.moviesparisexposed.info/ BLOWJOB CARTOON
http://school-naked.moviesparisexposed.info/ SCHOOL NAKED
http://college-with-big-tits.moviesparisexposed.info/ COLLEGE WITH BIG TITS
http://bikini-blowjob.moviesparisexposed.info/ BIKINI BLOWJOB
http://college-fuck-fest-clips.moviesparisexposed.info/ COLLEGE FUCK FEST CLIPS
http://teen-masturbation-education.moviesparisexposed.info/ TEEN MASTURBATION
http://after-school-sex.moviesparisexposed.info/ AFTER SCHOOL SEX
http://college-hotties.moviesparisexposed.info/ COLLEGE HOTTIES

 

Post a Comment

<< Home