Friday, September 09, 2005

gi-mari, letih saje2

assalamu'alaikum...
bismillahi walhamdulillah..semoga kita semua sentiasa berada di bawah lembayung kasih sayang & rahmat Allah...

sudah lama blog ini tak terupdate..bukan diri ini tiada mahu atau tiada masa, namun hati ini seakan tidak mengizinkan akal yang sentiasa tercerna dengan persekitaran yang membuahkan idea-idea untuk dipertontonkan kepada khalayak dalam bentuk tulisan...sudah hampir sebulan blog ini dibiarkan sepi, walaupun ada yang bertandang namun tiada tulisan baru yang terpandang...

oleh itu aku memohon maaf..andai ada masa..ada ketika..akan ku tulis jua...kisah hidup ini..kisah diri ini...

untuk kisah saat ini, aku tadi menghadiri majlis perasmian Karnival Islam & Produk Halal (KRISS) anjuran Masjid Sultan Islmail UTM dengan kerjasama Persatuan Mahasiswa Islam UTM (PMIUTM), Jawatankuasa Saudara Kita (JKSK), Kelab Iqra' dan Kelab Rakan Masjid...

selepas daripada majlis perasmian, kami disajikan dengan forum Bicara Ad-Deen yang bertajuk 'Mak, saya nak kahwin"....yang membariskan ahli panel Ustazah Dr. Farahwahida (UTM), Ustaz Ismail Musytari (UTM) dan yang baru 1st time menjejakkan kaki ke UTM, Ustaz Erfino Johari (LPM-Lembaga Peperiksaan Malaysia)...

aku dah lama mendengar dan membaca orang menyebut tentang Ust Erfino Johari..dan nama beliau sudah pun popular di kalangan pendengar Radio IKIM, namun baru hari ini aku sempat melihat beliau secara langsung..agak kelakar orangnya..tambahan pula merupakan sahabat baik Ustaz Ismail Musytari..jadi sempatlah mereka bergurau senda di antara satu sama lain sambil menjawab persoalan yang dilontarkan oleh pengerusi forum...

antara peristiwa yang menarik, apabila Ustaz Erfino bertanya kepada semua yang hadir (muslimin&muslimat) "ramai2 yang hadir ni, siapa yang benar-benar nak kahwin"...aku yang pada waktu tu hendak mengangkat tangan..tapi ragu2 apabila semua orang tak angkat tangan...dah la aku duduk di barisan hadapan, kalau aku angkat sudah tentu semua orang nampak...di kala aku tengah ragu2 dan ustaz Erfino tengah mengulangi permintaa beliau, ada junior aku dibelakang menyebut-nyebut nama ku..minta aku angkat tangan..

lalu, aku secara automatik cuba mengangkat tangan...tapi hanya separuh yang terangkat...dan selepas beberapa saat ianya jatuh kembali...dan aku agak ustaz Erfino tak nampak tangan aku terangkat..sebab beliau mengatakan tiada yang mengangkat...lalu beliau simpulkan bahawa tajuk malam ini tak sesuai dengan hadirin kerana tiada yang berani atau konfiden untuk mengangkat tangan, mengiyakan soalan yang ditanya (di dalam nada berjenaka)...

namun bila tiba giliran Ustaz Ismail, di saat beliau mengulas tindakan Ustaz Erfino tadi dan beliau mengatakan bahawa hanya terdapat satu orang siswa yang kat depan (menunding ke tempat duduk aku) yang angkat tangan tetapi hanya separuh...menunjukkan bahawa siswa tersebut (aku la tu) pun masih ragu2 walaupun mengangkat tangan...

terasa panas di pipi aku menahan malu diiringi dengan gelak sakan sahaba2 dan junior2 aku...tapi aku tetapi biasa..cool dan bersahaja...

aku tak dapat nak menulis tentang kupasan2 oleh ahli panel tu..kerana aku tak dapat ingat fakta2 tu..dan di tengah2 forum tu, tetiba pakcik aku menelefon menyatakan yang beliau hendak menumpang tidur di bilik aku malam ni...sebab tak mahu sewa hotel (kes jimat)...dan besok beliau ada appointment pukul 7.45pagi di Pulai Spring Resort..dekat dengan UTM...jadi tak nak buang masa banyak sangat untuk pergi ke hotel2 yang jauh lagi mahal..

maka, di sinilah aku..menunggu mengantuk menguasi jiwa...kerana aku tak bisa tidur di atas karpet..lambat jeneral (lena)...dan katil bujang ku itu telah pun diisi oleh pakcik ku...

dan jika ada masa lagi...akan diperbaharui juga weblog ini..dan tiada akan kubiarkan ianya sunyi..

semoga ada pertemuan lagi dimasa akan datang..andai ajal belum lagi menjemput diri ini...wallahua'alam...

wassalamu'alaikum..

2 Comments:

At Sat Sep 10, 12:55:00 AM, Anonymous Anonymous said...

kawin la cepat2 dib.. angkat tgn separuh kira ok gak la... erm...
-it

 
At Sat Sep 10, 04:07:00 AM, Blogger adeeb said...

hang sapa weh?

 

Post a Comment

<< Home