Wednesday, September 28, 2005

Pemboikotan Pilihan Raya Kampus!!

salam perjuangan...semoga kita semua sejahtera dan bahagia..sentiasa disinari lemyung kasih sayang dan rahmat Allah ta'ala..

minggu ini, kita dikejutkan dengan peristiwa pemboikotan Pilihanraya Majlis Perwakilan Mahasiswa (sesetengah kampus-Pelajar) hampir di seluruh IPTA kecuali UM dan UKM.

peristiwa ini juga turut membantutka niat aku untuk menjadi pengurus kepada junior aku yang pada awalnya ingin menjadi calon MPP, tetapi membatalkan niat apabila mendapati bahawa terdapat penyelewengan dan penipuan di dalam pilihanraya kali ini..

untuk melihat secara keseluruhan berkenaan dengan penyelewengan dan penipuan tersebut, boleh lawati web ini

secara peribadinya, aku menyokong tindakan boikot in dan aku sendiri akan menyertai pemboikotan ini..yang tidak hanya terbatas kepada sesi pilihanraya semata-mata...bahkan jika calon-calon MPP yang menang free ini membentuk kabinet MPP yang baru..aku akan boikot mereka jugak..BOIKOT!!!





JOHOR BAHRU, 27 September - Sebahagian besar mahasiswa Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Skudai dekat sini bertindak memboikot Sidang Pilihan Raya Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) sesi 2005/2006 pada 29 September ini.

Tindakan ini berikutan rasa tidak puas hati mahasiswa berikutan beberapa peraturan baru pihak pentadbiran UTM ke atas calon yang mahu bertanding pada pilihan raya ini. Natijah langkah boikot, lapan kerusi fakulti yang dipertandingkan dimenangi tanpa bertanding pada hari penamaan calon semalam dengan hanya dua fakulti iaitu Fakulti Kimia dan Alam Bina akan mengadakan pilihan raya pada 29 September ini.


Jurucakap mahasiswa terbabit, Azman Ibrahim, pada sidang media yang diadakan kelmarin berkata, pihaknya sedih dan kecewa dengan penyelewengan, kecelaruan serta penafian hak demokrasi terhadap mahasiswa yang berlaku di UTM.

Amalan tidak sihat ini menyebabkan kami mengambil tindakan memboikot penamaan calon dan juga pilihan raya nanti.

Katanya lagi, pelbagai kekangan dan peraturan baru yang dikenakan semata-mata untuk menghalang mahasiswa bertanding pada pilihan raya kampus kali ini khususnya kalangan mahasiswa yang dikenal pasti bukan dari kumpulan Proaspirasi pemerintah/Umno.

Sebagai contoh, penukaran klausa ‘pilihan raya’ yang digunapakai sebelum ini kepada ‘pemilihan’ dengan jelas telah menghilangkan elemen-elemen demokrasi, ini sekali gus akan menggambarkan seolah-olah MPP ini adalah pilihan sesetengah pihak bukan pilihan mahasiswa itu sendiri, katanya.

Selain itu peningkatan harga borang pencalonan, wang cagaran dan juga wang bantahan dilihat sebagai tidak praktikal kerana ini hanya akan menyukarkan mahasiswa yang layak bertanding berikutan kekangan dari sudut kewangan.

Sebelum ini harga borang pencalonan hanya RM5.00, cagaran (RM10.00) dan wang bantahan (RM50.00) tetapi sekarang ini harganya naik mendadak, harga borang pencalonan RM50.00, wang cagaran (RM100.00 bagi kerusi fakulti dan RM150.00 bagi kerusi umum) manakala wang bantahan pula, RM300.00.

Harga borang dan kos-kos lain di UTM adalah yang termahal jika dibandingkan dengan IPTA lain di negara ini, sebagai contoh di UKM harga borang hanya RM10.00, wang cagaran RM20.00 manakala wang bantahan RM30.00.

Di USM borang diberi secara percuma, wang cagaran RM20.00 dan tiada kos dikenakan untuk bantahan, di UPSI pula borang boleh didapati melalui Internet, wang cagaran RM50.00 dan wang bantahan RM100.00.

Tetapi di UTM harga borang serta kos lainnya sangat mahal, bagi mahasiswa jumlah ini sangat tinggi dan di luar kemampuan mereka, walaupun ramai yang berkelayakan untuk bertanding tetapi disebabkan kos yang sangat tinggi ini menyebabkan mereka terpaksa melupakan hasrat untuk bertanding kecuali bagi mereka yang ditaja pihak tertentu, katanya.

Adakah pihak pentadbiran UTM cuba untuk mengaut keuntungan melalui pilihan raya ini sedangkan pilihan raya ini bertujuan menggilap bakat mahasiswa untuk menjadi pemimpin negara pada masa depan, soalnya.

Sepatutnya pihak universiti memberi kelonggaran kepada mahasiswa bagi membolehkan lebih ramai menyertai pilihan raya ini, begitu juga ruang demokrasi mestilah dibuka seluas-luasnya supaya mahasiswa dapat melihat amalan demokrasi yang sebenar, katanya.

Selain itu menurutnya lagi, Nilai Kumulatif Terkumpul (CGPA) yang tinggi jika dibandingkan IPTA lain iaitu 3.00 menidakkan hak mahasiswa yang mempunyai CGPA di bawah 3.00 untuk turut sama mengambil bahagian serta menimba pengalaman di dalam MPP dan nilai CGPA ini sentiasa berubah saban tahun.

Di universiti lain CGPA yang ditetapkan jauh lebih rendah, sebagai contoh, di UKM (2.5), UPM (2.7) dan di UPSI (2.75) tetapi di UTM 3.00, kenaikkan CGPA ini juga telah menafikan bahawa soal kepimpinan adalah sesuatu yang bersifat subjektif yang tidak bergantung kepada nilai CGPA semata-mata.

Berkaitan dengan penubuhan kelab penyokong menurut beliau lagi merupakan satu penyelewengan yang paling besar dan amat ketara pada pilihan raya kali ini, peraturan yang ditetapkan pada pilihan raya ini melarang calon berkempen atau berkumpulan.

Tetapi tahun ini UTM telah meluluskan penubuhan sebuah kelab iaitu kelab penyokong Aspirasi yang ditubuhkan minggu lepas khusus untuk pilihan raya kali ini, dengan tertubuhnya kelab ini secara rasmi seolah-olah pihak pentadbiran universiti cuba menyuburkan lagi semangat suka berkumpulan di dalam kampus.

Ini adalah satu pencabulan yang sangat besar terhadap peraturan yang telah mereka sendiri buat dan ini jelas menunjukkan sikap 'double standard' pentadbiran universiti yang turut campurtangan secara langsung dalam pilihan raya kali ini, ujarnya lagi.

Sehubungan dengan itu tegasnya lagi, mahasiswa UTM menuntut supaya demokrasi yang benar-benar mengambil kira hak-hak kesejagatan mahasiswa dikembalikan dalam kampus UTM tanpa sebarang kecelaruan, penyelewengan serta pencabulan oleh tangan-tangan yang rakus dan berkepentingan peribadi.

2 Comments:

At Sat Oct 08, 04:38:00 AM, Anonymous ustaz emran said...

asalamualaikum,

kebetulan singgah sebentar...harap maaf jika ulasan di bawah tidak menyenangkan...

1) mengenai revolusi islam yg ana terbaca di blog anta...

revolusi islam berlaku sejak di utusnya rasulullah saw oleh ALlah kepada umat manusia...

islam itu sudah sempurna...tidak perlu ditokok tambah...demikian kerana itu maka dalam hadith riwayat tirmidzi baginda rasulullah pernah bersabda : Sesungguhnya Allah pasti akan membangkitkan setiap awal seratus tahun seorang mujadid yang akan memperbaharui urusan agama-Nya" (hadith sahih).

apa yg diperbaharui ialah mengembalikan urusan agama seperti asal seolah-olah baru kembali ...mengapa demikian kerana fitrah sudah diketahui oleh rasulullah melalui wahyu bahawa akan berlaku bid'ah dan penyelewengan, penambahan dalam agama Islam ini sehingga perlulah dibangkitkan ulama pewaris nabi dan pejuang Islam yg mengembalikan ajaran Islam seperti asal...

asal yang dibawa oleh rasulullah dan di amalkan oleh sahabat dan salaf soleh...

maka agak salah apabila hari ini mereka yang mengaku cerdik pandai mencari jalan penyelesaian tapi ego tanpa mahu merujuk kepada sunnah dan mendalami ilmu Islam dan kefahaman salaf soleh yg merupakan ajaran asal Islam.

golongan sufi yang merupakan ahli bid'ah yg muncul hanya setelah berakhirnya zaman salaf soleh...tersu sehingga kini melakukan bid'ah dan penyelewengan...

lelakinya berkhayal dengan amalan bathil berangan-angan mahu jadi wali...

perempuannya masih mabuk dengan kisah rabiatul adawiyah yg banyak ceritanya tidak pun dapat dibuktikan melalui ilmu sanad dan riwayat...hanya dusta dan rekaan kebanyakkannya..

para pejuang Islam pula masih jahil aqidah, syariat dan tidak pun mengetahui jalan apakah yg perlu mereka ambil dan lalui dalam membawa dakwah...

lalu..mereka menuruti fikrah dan idea pemimpin mereka yg manusia terdedah kpd salah dan silap tanpa terfikir perlunya mereka merujuk salaf soleh dan mengambil serta mengikuti teladan salaf soleh dalam kehidupan dan manhaj hidup sebagai muslim dan cara berdakwah, berjuang dan beragama...

negara iran bukan negara Islam !! ianya ialah negara syiah yang aqidahnya jauh dari apa yg dibawa oleh rasulullah...

mengapa umat Islam masih jahil dan tidak dapat membezakan aqidah yang asasi yg menjadi dasar Islam ?

bukankah rasulullah, para sahabat pernah membunuh golongan yang melakukan syirik dan menyalahi aqidah yg dibawa ? demikianlah syiah bukan lagi Islam..

negara mereka bukan negara Islam...
revolusi mereka bukan revolusi Islam...

lalu ??

maka perjuangan Islam yang sahih ialah perjuangan aqidah yang sahih ...perjuangan membawa aqidah yg dibawa oleh rasulullah...
menegakkan aqidah

lalu maka terbinanya dan berusaha membina negara serta khilafah hanya selepas tertegaknya aqidah yg sahih...


negara dan khilafah kemudiannya akan menjadi penjaga serta pemelihara kepada aqidah yg sahih...

jika usaha membina khilafah dan negara Islam, menegakkan hudud dijadikan motif dan matlamat maka jadilah negara yg ditegakkan seperti Iran...negara Syiah, khawarij ntah apa lagi..

kerana pekerja dan pejuang yg berusaha menegakkan negara Islam..aqidahnya bercampur...

masih ada golongan sufi hadramaut yg menyembah kubur, berzikir syirik, bertawasul istighas yg menyalahi syairat dan sunnah..bertaeriqat bathil..beribadah bid'ah dan aqidahnya masyaAllah jauh dari pegangan salaf soleh, para imam ahlul sunnah wal jamaah...

masih ada di kalangan pejuang Islam ini mereka yg aqidahnya 50 sen dan dapat dibeli..masih ada yg aqidahnya khawarij, syiah dll

kena[a jadi begini ? kerana perjuangan mereka bukan perjuangan yg sahih yg dibawa oleh rasulullah...

perjuangan Islam yg sahih ialah membawa dokong aqidah yg dibawa oleh rasulullah dan dipelihara oleh salaf soleh...

lalu mendidik, membetulkan, memerangi syirik dan kebathilan aqidah...setelah tertegaknya kesatuan aqidah...

maka barulah dibangunkan negara dan khilafah Islam..yang akan menjaga aqidah tersebut...

yang akan didirikan di atas aqidah yg sahih tersebut...

yang akan menyatukan umat Islam atas aqidah

ukhuwah atas aqidah

perjuangan dan jihad membela dan mempertahankan aqidah...


Allahukabbar

walalahualam

revolusi sunnah mengembalikan umat atas kefahaman salaf soleh...

 
At Mon Nov 06, 09:42:00 PM, Blogger al-faqir said...

Memahami nas seperti itu adalah statik dan berupa kegagalan mengaitkan nas dengan realiti yang mansus. Kerana ia statik, maka memahami nas secara jumud menjadikan seseorang itu seperti buku yang dirujuknya. Statik. Tidak manusiawi kerana tidak mematangkan kefahaman dengan akal yang Allah kurniakan kepada manusia.

 

Post a Comment

<< Home