Tuesday, September 20, 2005

Remaja datang ke konsert ‘Tautan Kasih’ berwuduk

salam..

aku teringat lagi semasa awal cadangan ini dikemukan di peringkat para pemuda-pemudi Islam Kelantan - melalui Egroups -, pelbagai reaksi telah timbul;
  • ada yang membantah kerana khuatir dengan bersalahan dengan hukum dan kemungkinan kesan negatif yang timbul seumpama tindakan luar kawal peminat, halatuju para penonton selepas konsert dan sebagainya.
  • ada yang menyokong, menganggapnya sebagai pemulaan kepada alternatif konsert hiburan Islam, uslub dakwah kepada para pencinta hiburan.
  • ada yang mempersoalkan dan meminta maklumat lanjut tentang suasana konsert, kaedah-kaedah kawalan.
  • ada yang meminta sukarelawan untuk menjadi petugas-petugas bagi mengawal suasana konsert.
  • ada yang membincangkan dengan lebih lanjut tentang uslub-uslub lain yang boleh dimanfaatkan bagi menarik minat para pencinta hiburan kepada mencintai Islam.
walaupun pelbagai reaksi yang timbul di kalangan para pendukung Kerajaan Islam Kelantan, bahkan di kalangan masyarakat awam dan para pembangkang negeri serta kepala-kepala mereka di kerajaan pusat, namun Kerajaan Negeri dengan penuh gah tetap meneruskan perancangan konsert ini...aku rasa bangga sekali dengan Kerajaanku ini...

dan, sebagaimana yang diwar-warkan oleh Hj Husam selaku Pengarah Konsert ini, aku merasakan satu kelainan yang teramat sangat...andai aku sekarang berada di kampung halaman, maka aku akan hadir ke konsert ini...tapi apakan daya..aku jauh di selatan benua..

Islam Pastikan Menang!!

Remaja datang ke konsert ‘Tautan Kasih’ berwuduk – Husam

Monday, September 19 @ 17:14:35 MYT

KOTA BHARU, 19 Sept (Hrkh) – Anggota Exco kerajaan negeri, Haji Husam Musa petang ini menjadi tetamu di stesen radio swasta pertama di Pantai Timur, Manis Fm.

Sempena program itu, Husam ditemubual secara langsung juruhebah radio berkenaan, Liza bermula jam 4.05 tadi dan berakhir setengah jam kemudian.
Siaran radio berkenaan boleh didengari di seluruh Kelantan, Terengganu, Pahang, sebahagian Johor dan selatan Thailand.

“Ini adalah percubaan pertama kepada kerajaan Kelantan menganjurkan hiburan alternatif secara live. Kita berharap ia berjalan secara lancar tanpa sebarang gangguan.

“Kita ada dua program utama iaitu 30 Septmber ini dengan konsert Tautan Kasih dan 1 Oktober sempena pengisytiharan Kota Bharu sebagai Bandar Raya Islam,” katanya ketika ditemuramah juruhebah berkenaan.

Husam juga meminta remaja yang hendak datang ke konsert berkenaan mengambil wuduk lebih awal dan membawa sejadah sebelum masuk ke padang. Katanya, Mawi akan melaungkan azan Isya’ yang boleh didengari sesiapa sahaja yang datang awal pada konsert tersebut.

“Lelaki yang sudah berwuduk pula jangan sentuh perempuan, kalau tidak terpaksa mengambil air sembahyang lain, dan apabila keluar ambil wuduk tempat kita akan diambil oleh orang lain.

“Konsert ini kita dapat beri satu perbezaan kerana Islam tidak halang hiburan selagi menurut garis panduan ditetapkan. Kita akan asingkan, pintu masuk untuk lelaki dan perempuan,” kata beliau.

Anggota Exco itu juga berkata, rombongan dari luar sedang mengatur bas-bas untuk datang ke Kota Bharu bagi menyaksikan konsert berkenaan. Konsert tersebut akan berlangsung di Padang Perdana bermula jam 9 malam.

Konsert berkenaan bertema, 'World, world juga, akhirat jangan lupa'. Mawi dijangka akan mempersembahkan enam lagu pada konsert itu. Artis lain yang dijemput termasuk Akil Hayy Rawa dan kumpulan nasyid Mestica.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home