Saturday, October 15, 2005

Ke Arah REVOLUSI ISLAM

Bismillahi walhamdulillah, wassolatu wassalam 'ala Rasulillah.
Pertama-tama dan untuk selama-lamanya, marilah kita semua memanjatkan setinggi-tinggi kesuyukuran pada Allah subhanahu wata'ala, di atas segala limpah kurniaanNya kepada kita.

Aku mengucapkan rasa terima kasih kepada akhi Emran Ahmad (ustaz.blospot.com) kerana sudi memberi komentar di dalam blog ku ini, yang mana telah membuat aku teruja untuk menulis sedikit..

Aku akui, aku tidak mendapat sebarang pendidikan formal daripada mana2 syeikh mahupun guru berkenaan dengan sirah Rasulullah dan sirah perkembangan Islam, dan kebanyakkan maklumat yang aku perolehi hanyalah datang daripada pembacaan dan sedikit kuliah/ceramah yang aku ikuti.

Dan, aku akui juga, yang masih dalam proses mencari metod yang terbaik dan yang benar-benar berasaskan kepada Rasulullah sallallahu 'alaihi wassalam di dalam merealisasikan konsep Khalifatul Fil Ard, yang ditafsirkan di dalam sesetengah buku sebagai iqomatuddin wa siasatuddunya bihi yang bererti menegakkan agama (Islam) dan mentadbir dunia dengannya (denganIslam).

Di dalam proses mencari, aku terjumpa kertas kerja ini...dan ingin aku berkongsi dengan anda semua, agar dapat dibincangkan bersama dan semoga kita mendapat petunjuk bagi menetapkan diri di atas jalan Ilahi di dalam menggapai rahmat dan redha-Nya..


Proses Kesilapan, Penyimpangan, Pembetulan dan Pertemuan Pemikiran Politik Muslim
oleh: Kalim Siddiqui
*kertas kerja asal boleh di dapati di sini, bahasa Inggeris

Bahira ialah seorang paderi Kristian di Busra. Beliau telah melihat tanda kenabian Muhammad s.a.w berdasarkan sumber agama Kristian. Ketika itu Muhammad s.a.w baru berusia 12 tahun. Baginda telah dibawa oleh bapa saudaranya Abu Talib. Bahira mengingatkan Abu Talib supaya tidak membawa Muhammad s.a.w lebih jauh lagi kerana bimbangkan keselamatannya kerana orang Yahudi mungkin dapat mengecam tanda kenabian baginda. Beberapa tahun kemudian, Waraqah bin Naufal, juga seorang Kristian, sepupu Khadijah isteri Rasulullah s.a.w dapat mengenal pasti tanda kenabian dalam pengalaman baginda di gua Hira. Beliau juga menyampaikan berita yang sama.

Baik Bahira mahupun Naufal tidak tahu bahawa Muhammad s.a.w adalah nabi yang dijanjikan, tetapi kedua-duanya mempunyai satu kesedaran sejarah yang dicetuskan dari agama Kristian mereka. Mereka tahu bahawa seorang nabi akan muncul, tetapi tidak tahu bila, di mana dan siapakah orangnya. Mereka menyedari bahawa keadaan jahiliyyah pada masa itu memerlukan kehadira seorang nabi. Kesemuanya itu didasarkan kepada sumber agama Kristian yang tidak tepat. Hari ini, 14 abad selepas sempurnya al-Quran, wahyu terakhir daripada Allah yang tiada keraguan lag tentangnya dan sesudah kedatangan nabi terakhir, ia sepatutnya lebih mudah untuk mengenal pasti tanda bayangan peristiwa semasa dan akan datang.

Bagaimana kita boleh berbuat bagitu dengan tepat bergantung kepada pemahaman kita terhadap kerangka persejarahan Islam. Sebagai contoh, kita tidak tahu bilakan Allah s.w.t mencipta manusia pertama, Adam a.s, yang juga seorang nabi. Tetapi apa yang kita tahu ialah bahawa antara Adam a.s nabi pertama dengan Muhammad s.a.w, nabi terakhir, kemungkinan terdapat seramai 124,000 orang nabi lagi. Ini menunjukkan Allah s.w.t telah mengambil masa yang amat panjang menyediakan dunia ini untuk kemunculan nabi terakhir itu dan menyempurnakan wahyuNya kepada manusia. Sudah tentu kesemuanya ini berlaku bukan untuk suatu jangkamasa yang pendek iaitu hanya lebih kurang 1400 tahun sebelum dunia berakhir.

Pandangan sejarah yang seharusnya kita, umat Islam pegang ialah bahawa pengakhiran dunia pasti tiba, tetapi waktunya di dalam pengetahuan Allah s.w.t sahaja. Dia tidak berkongsi pengetahuan itu dengan sesiapa, hatta dengan para nabi. Oleh itu tinggalkan sahaja usaha spekulasi tentang hal itu. Sebaliknya, apa yang harus kita ingat ialah selama kenabian dan penurunan wahyu, Islam belum lagi mencipta sebuah dunia mengikut arahan Penciptanya untuk dunia ini dan segala isinya. Barangkali satu pandangan yang lebih realistic ialah sungguhpun Islam sebagai perutusan dan sebuah model telah sempurna 1400 tahun dahulu, tujuan sejarah yang utama, iaitu membawa seluruh manusia kepada Islam masih belum selesai.

Ini menimbulkan persoalan yang lain. Sekiranya waktu yang panjang sebelum penyempurnaan Islam hanya sekadar satu ‘jangka waktu persediaan’, bagaiman pula kita hendak menjelaskan 1400 tahun lampau itu. Jahiliyah sebelum Islam barangkali satu pengalaman yang tidak mencukupi untuk manusia menyedari akibat penyimpangan daripada Islam. Adalah mungkin berguna untuk melihat 1400 tahun itu sebagai satu pengalaman demonstrasi amali tentang apa yang telah berlaku kepada manusia, terutama umat Islam apabila mereka menyimpang daripada al-siratal-mustaqim (jalan yang benar). Ini hanya boleh diperlihatkan selepas sempurnya Islam, tidak sebelumnya. Mungkin jahiliyah baru yang wujud di dunia kini adalah juga satu bukti sedemikian.

Terdapat dua jenis penyimpangan daripada Islam. Pertama, mereka tidak pernah memasuki Islam, memeranginya dan membina satu tamadun serta budaya kuffar dan jahiliyah untuk diri mereka sendiri. Tamadun kuffar dan jahiliyyah ini diwakili oleh tamadun Barat. Tamadun ini tersebar di seluruh dunia termasuklah sub-budaya bukan Barat seperti China, Jepun dan India. Di dalamnya juga termasuk tinggalan-tinggalan tradisi agama seperti Kristian selepas Renaissance, Zionis-Judaisme dan Hindu yang melampau, yang semuanya menolah Islam. Akhir sekali, di dalam tamadun Barat itu juga Muslim dipengaruhi oleh penguasa colonial lantas menerima sekularisme sebagai cara hidup yang benar. Muslim jenis ini terdiri daripada kelas pemerintah dalam masyarakat Islam hari ini, kecuali pemerintah Iran selepas Revolusi 1979. Jenis penyimpangan kedua ialah di dalam Islam sendiri. Penyimpangan ini diketua oleh ulama dari semua mazhab yang telah menerima dan mengesahkan sistem politik, sosial, ekonomi dan sebagainya yang bertentangan dengan al-Quran dan Sunnah Rasulullah s.a.w. Contoh penyimpangan ini termasuklah teologi sesat yang boleh ditemui di mana-mana sahaja.

Bagaimanapun penyimpangan di dalam Islam adalah kesilapan yang bertimbun-tambah dari semasa ke semasa. Kesilapan seperti itu secara perbandingan mudah untuk diperbetulkan kerana keseluruhan kerangka Islam yang mengikat Ummah belum lagi terburai. Kuasa Islam untuk membetulkan penyimpangan berasal dari ketaqwaan yang sedia ada di dalam diri seorang Muslim meskipun dia seorang yang melakukan penyimpangan itu. Sentiasa ada ulama dalam semua mazhab yang bersedia dan berkebolehan menghapuskan penyimpangan dan menyatu-padukan Ummah. Bilangan orang yang dipanggil ‘ulama’ yang melakukan fitnah dan memecah-belahkan Ummah selalunya kecil tetapi bersuara lantang kerana dinaungi oleh politk pemerintah sehingga menjadikan kesilapan, malah berkekalan. Proses penyimpangan ini bermula dari Bani Umaiyah dan diteruskan oleh rejim Saudi. Negara-bangsa yang dibangunkan dalam dunia Islam oleh kuasa kolonial dan agen mereka yang terdiri daripada umat Islam adalah juga dirancang untuk membolehkan penyimpangan politik Islam berkekalan.

Kira-kira 15 tahun lalu, kami di Muslim Institute London berusaha mencari sesiapa sahaja daripada Ummah, baik ulama mahupun orang Islam biasa yang bersedia mengambil bahagian di dalam penyelidikan untuk menentukan di manakah tempat di dalam Islam yang boleh dipertemukan mereka yang berada di dalam Islam yang boleh dipertemukan mereka yang berada di dalam kesilapan dan penyimpangan. Kami rasakan bahawa kesatuan Ummah hanya boleh berpecah secara luaran dan sementara sahaja. Kami juga mengandaikan bahawa kesilapan dan seterusnya perpecahan di dalam Ummah adalah sebenarnya bersifat politik. Oleh itu ia juga tidak berkekalan. Ini bermakna proses pembetulan dan pertemuan boleh diwujudkan sama ada oleh penulisan semua pemikiran politik Muslim atau oleh kesan ‘letupan kuat’ daripada satu peristiwa politik yang besar. Kami cukup daif dalam mencadangkan bahawa kami boleh menulis semula pemikiran politik Muslim dan mengharapkan suatu hari nanti perkiraan kami mungkin boleh menggerakkan suatu peristiwa yang besar.

Sejarah sebagaiman kita ketahui mempunyai idea lain. Meskipun kesilapan dan penyimpangan berlaku di dalam sejarah Islam, oleh kerana Islam adalah sebuah sistem kepercayaan and idea yang begitu kuat dan anjal, ia mampu memberikan jawapannya sendiri untuk mengatasi kelemahan Ummah. Kita sememangnya patut mengetahui bahawa jika Islam ada sebuah kebenaran mutlaq daripad Allah, sudah tentu di dalamnya terbina keupayaan untuk menggerakkan proses pembetulan pada waktu genting di dalam sejarah. Sebelum kedatangan Nabi terakhir s.a.w, ini dilakukan oleh para nabi secara berselang-selang. Kinim, peranan pembetulan dan pertemuan adalah dilaksanakan oleh agen bukan kenabian seperti orang-perseorangan, pergerakan dan revolusi. Apabila sahaja didorong dan diaktifkan oleh keadaan sejarah, agen pembetulan harus memiliki keupayaan untuk menggerakkan seluruh umat Islam, untuk bertemu pada satu titik utama di dalam Islam. Dalam waktu kebelakangan ini beberapa individu dan pergerakan yang diilhamkan oleh mereka, tetapi cuba berperanan sebagai agen utama pembetulan tetapi gagal. Di antara mereka ialah Hassan al-Banna (pengasas al-Ihkwan al-Muslimun) dan Maulana Abu al-A’la Al-Maududi (pengasas Jama’at-e-Islami). Kelihatan bahawa peranan agen utama pembetulan hanya boleh dilaksanakan oleh Negara Islam. Mereka yang gagal, sudah tentu kegagalan itu kerana mereka tidak dapat menubuhkan. Penubuhan Negara Islam adalah perlu supaya agen utama usaha menamatkan kesilapan dan penyimpangan di kalangan Ummah.

Sokongan kepada pandangan ini boleh ditemua di dalam sirah Nabi Muhammad s.a.w. Sebagai seorang individu di Makkah, peranannya amat terhad sekadar dapat menarik beberapa orang sahaja kepada Islam. Malah ketika di Makkah, Nabi Muhammad s.a.w meminta dan mendapatkan perlindungan negara untuk pengikutnya yang tidak seberapa itu. Inilah pengajaran daripada peristiwa penghijrahan umat Islam awal daripada Makkah ke Habsyah. Selepas sahaja penghijrahan ke Madinah, Islam telah mengalami perubahan ke arah kenegaraan, serta penyebaran Islam di Semenanjung (Hijjaz) berjalan lancer dan menyeluruh. Islam tidak akan sempurna tanpa Negara Islam; tidak ada perselisihan di dalam hal ini. Ia mempunyai implikasi kepada usaha dakwah yang dilakukan oleh orang Muslim yang berniat baik, begitu juga kepada usaha dakwah yang melibatkan tenaga orang Muslim yang telah dilakukan oleh orang Muslim yang diperdayakan oleh mereka yang mempertahankan status quo. Rejim Saudi khususnya mengeluarkan wang yang banyak untuk membiayai aktiviti dakwah dengan tujuan menyerap tenaga umat Islam di seluruh dunia dan mengalih mereka kepada kegiatan palsu itu. Alat utama dakwah ialah Negara Islam; dakwah tanpa Negara Islam adalah seperti satu jemputan tanpa alamat.


* bersambung..penat juga nak taip balik dalam Bahasa Melayu..

0 Comments:

Post a Comment

<< Home