Monday, November 14, 2005

Ke Arah Revolusi Islam (& Salam Aidil Fitri)

Bismillahi walhamdulillah...Salam AidulFitri kepada semua yang sudi mengunjungi blog ini...Ampun dan Maaf dipinta andai ada salah dan silap..

Kemaafan juga dipohon kepada semua yang mengunjungi kerana teknologi zaman ini masih boleh membolehkan tuan rumah menghidangkan juadah dan hidangan di alam maya ini...sekadar tulisan-tulisan yang walaupun tidak mampu mengenyangkan perut, tetapi diharap dapat memenuhi minda...


sambungan daripada yg lepas

Keadaan politik Islam dan kenabian Muhamad s.a.w telah difahami dengan jelas oleh orang Quraisy Makkah daripada awal lagi. Apabila orang Quraisy datang ‘berunding’ mereka menawarkan jawatan raja kepadanya. Ketua perwakilan Quraisy ialah Utbah ibn Rabiah. Peristiwa ini dirakamkan dalam semua buku sirah. Matlamat kenabian Muhammad s.a.w adalah bukan untuk kuasa peribadi seorang raja, tetapi untuk mengubah kawasan itu supaya menjadi sebuah Negara Islam. Beberapa tahun kemudian Makkah jatuh ke tangan Islam hasil daripada gerakan ketenteraan yang diatur oleh Nabi s.a.w dari Negara Islam yang bertapak di Madinah dan kawasan sekitarnya. Negara Islamlah yang memikul sebahagian besar tanggungjawab dakwah.

Hujah yang dikelirukan di dalam tulisan Islam moden yang bersifat apologetic dan diketepikan dengan bijak oleh para orientalis, ialah bahawa Islam bukan sahaja sebuah mesej tetapi juga sebuah kaedah. Mesej Islam yang disebarkan melalui kaedah pasfis pendakyah Kristian tidak akan membuahkan hasil yang dikehendaki. Pendekatan seperti itu hanya menjadikan Islam sebagai agama ritual yang tidak dapat mencapai matlamat Islam. Perutusan Islam yang sempurna itu mempunyai kaedahnya sendiri. Justeru itu penekanan di dalam Islam selalu diberikan ke atas Sunnah dan Sirah Nabi Muhammad s.a.w. ini juga menjadikan peraturan dan proses pensejarahan untuk mewujudkan Negara Islam tidak dapat dipisahkan daripada Islam. Oleh itu, Islam tidak lengkap tanpa Negara Islam.

Sesetengah parti Islam yang muncul semasa zaman colonial selalunya tidak memahami perkara penting ini. Mereka memahami dan mempersembahkan Islam di dalam kerangka gaya social-demokrasi Eropah. Negara Islam bagi mereka hanya salinan Negara kebangsaan pasca-kolonial yang diperbaharui dan diIslamisasikan. Ia hanya memerlukan kemenangan mereka di dalam pilihanraya dan ‘memperolehi kuasa’. Parti Islam ini menyedari bahawa terdapat kesan colonial yang perlu ditinggalkan dan dirobohkan. Dalam fikiran simplistic mereka, ‘Negara Islam’ yang mereka anggap itu boleh sahaja terbina di atas asas negara colonial yang merdeka. Malah begitu jelas bahawa sesetengah parti politik ini meminjam kebanyakkan idea mereka dari sumber di luar Islam sebegitu sahaja.

Tindakan penubuhan Negara Islam itu sendiri menjelma di akhir satu proses pembetulan yang berpanjangan di kalangan mereka yang ‘sesat’ di dalam Islam. Dalam tradisi aliran Sunnah, semua orang harus mengakui bahawa proses pembetulan ini masih belum bermula. Pemikiran politik dalam tradisi aliran Sunnah masih lagi sesat di dalam kepelbagaian arah yang diwujudkan oleh ‘parti politik’, nasionalisme Arab, pergerakan Khilafah di India dan kemudahan mendapat naungan politik untuk hamper keseluruhan 1400 tahun lampau.

Sebaliknya di dalam tradisi Syiah, langkah pertama yang penting ke arah pembetulan telah bermula di awal sejarah mereka, iaitu tidak bertolak-ansur dengan sistem politik yang ada. Akarnya bermula dengan penolakkan kekuasaan Yazid oleh Imam Husain a.s dan diikuti dengan syahidnya beliau di Karbala. Langkah pembetulan selanjutnya mucul beberapa abad kemudian selepas Iran menjadi pusat pemikiran Syiah pada awal abad ke-16. Ia muncul sebagai pendebatan ulama Syiah atas perkara dianggap teknikal. Pendebatan ini, dalam separuh kedua abad ke-18 adalah di antara dia kumpulan ulama yang dikenali sebagai usuli dan akhbari. Kumpulan akhbari memegang pandangan bahawa semasa ketiadaan (ghaibah) Imam Kedua Belas, para ulama tidak dibolehkan untuk menggunakan akal bagi membuat sesuatu keputusan tertentu, untuk memakai prinsip undang-undang pada satu masalah atau keadaan yang khusus. Kesemuanya perlu dilakukan dengan bersandarkan hadis (darinya dinamakan akhbari) dan hadislah yang memutuskan sesuatu keputusan tentang sebarang isu yang berkenaan. Aliran pemikiran ini lebih terarah kepada penghapusan sepenuhnya disiplin perundangan. Sebaliknya ulama usuli berpendapat bahawa semasa ketiadaan Imam Kedua Belas, dibolehkan pemikiran berlandaskan akal. Orang yang layak berbuat demikian ialah mujtahid; dialah yang menggunakan akalnya yang dipandu dengan prinsip Syariah untuk membuat keputusan apabila kaum Muslimin kebanyakkan gagal menyelesaikan masalah mereka. Semua Muslim yang bukan mujtahid mesti mengikut panduan mujtahid. Ini dinamakan taqlid. Mujtahid terkanan yang didatangai oleh pengikut Syiah yang ramai dipanggil maraji (marji atau marji’-e taqlid). Perdebatan tersebut telah dimenangi oleh ulama usuli dan pegangan akhbarii telah ditinggalkan. Hamid Algar mengatakan ‘Revolusi di Iran itu, sekurang-kurangnya bentuk yang berlaku, corak kepimpinan yang telah dan akan terus dinikmati itu, tidak mungkin diimpikan tanpa kemenganan pendapat usuli…dalam abad ke-18”.

Kemunculan ulama usuli boleh digambarkan sebagai pembangunan mekanisme pembetulan diri di dalam tradisi Syiah. Betapa pentingnya ini kepada dunia Islam secara keseluruhan adalah baru di permulaan untuk ia dirasai. Dalam tahap pertama proses pembetulan diri ini, dua hal telah berlaku. Pertama, pintu ijtihad telah terbuka lebar, dan kedua, munculnya marji’-e taqlid yang selalunya mempunyai pengaruh besar sehingga mengatasi kuasa beberapa pemerintah. Untuk kesemua tujuan praktikal, maraji’ telah menjadi wakil sebuah ‘Negara Islam’ di dalam kawasan Negara yang lebih luas. Pendapat Syiah tradisional yang menganggap bahawa semua kuasa politik semasa ketiadaan Imam Kedua Belas adalah tidak sah dan tidak patut didekati telah berakar umbu dan maraji telah berfungsi di bawah pemerintahan dinasti Qojar yang menggantikan Safavi dalam tahun 1795. di sepanjang waktu dari 1795 hingga Revolusi Islam 1979, perhatian utama ulama Iran ialah mengadakan ketidak absahan yang tidak dapat dielakkan keapda kerajaan yang ada pada waktu itu. Dalam kerangka inilah Mirza Hasan Shirazi mengeluarkan fatwa terkenalnya (1892) penggunaan tembakau di Iran adalah haram sekiranya pengeluaran dan pemasan dilakukan oleh British secara monopoli. Ketelibatan ulama dan Revolusi Perlembagaan di Iran (1905-1909) terjadi di atas kesedaran aliran pemikiran usuli.

Sebaliknya kekuatan aliran usuli mengalami dua kelemahan. Pertamnya ulama yang kanan memaksa dirinya sendiri supaya tidak mencari kekuasaan politik yang sebenar dan keduanya wujud berbilang maraji. Terdapat sejumlah ayatollah besar yang mendakwa mempunyai pengikut yang ramai pada satu-satu ketika dan lazimnya bertanding sesame mereka untuk mendapat pengikut (muqallidin). Kedua-dua kelemahan itu saling berkait rapat. Selagi ulama itu tidak berniat untuk mendapatkan kuasa politik tertinggi selagi itulah tidak memerlukan pimpinan tunggal. Selagi tidak ada pimpinan tunggal, semacam marja’ daripada maraji, maka selagi itulah tidak ada penguasaan politik tertinggi. Ketidakupayaan yang diadakan sendiri ini kelihatan begitu kuat bertapak di dalam pengajian teologi Syiah sehingga kelas pemerintah, dinasti (Pahlavi semenjak 1926) dan penyokong mereka iaitu Inggeris dan Amerika tidak merasa terancam oleh Qum. Tetapi revolusi usuli telah membuka semula pintu ijtihad. Ia hanyalah persoalan waktu sahaja untuk proses ijtihad yang telah disambung semula oleh ulama usuli itu menuju langkah terakhir di dalam istilah teologi Syiah, penubuhan Negara Islam semasa ketiadaan Imam Kedua Belas. Inilah apa yang kami panggil Revolusi Islam di Iran.

1 Comments:

At Sun Dec 11, 08:26:00 AM, Blogger SaufiahAzZahrah said...

lamanya tak apdet...
links pon hilang belaka.. apa kes ni? merajuk ngan blog ke?

 

Post a Comment

<< Home